KNDBP Pendaftaran Pelanggan Carian Kata Cadangan Perkataan Pantau Tegur Bahasa Pengesahan Bahasa Soalan Lazim
Ruangan Pertanyaan dan Jawapan menyediakan kemudahan untuk para pengguna untuk menanyakan sebarang kemusykilan tentang bahasa kepada pihak DBP.Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

Pertanyaan akan dijawab oleh pemudahcara yang bertugas iaitu Pegawai Khidmat Nasihat Bahasa dan Pakar Rujuk Bahasa.

Cara penggunaan:

  • Dalam ruangan soal/jawab sila pilih jenis perkhidmatan sama ada pertanyaan soalan atau pertanyaan penyemakan/penterjemahan.
  • Masukkan tarikh bila diperlukan
  • Masukkan soalan.
  • Sila lampirkan sebarang fail sekiranya soalan anda terlalu panjang. (sama ada dari jenis .doc atau txt sahaja)
  • Sekiranya semua maklumat dipenuhi, sila klik butang Hantar.
  • Pegawai Khidmat Nasihat Bahasa tidak akan menjawab soalan berbentuk pertandingan.
  • Jawapan akan diperolehi ketika itu  atau mengambil masa sedikit pada hari yang sama
    atau mengambil masa sehari dua atau lebih bergantung pada jenis atau jumlah pertanyaan yang dikemukakan dan keterdapatan maklumat jawapan yang ada dalam sistem rujukan DBP.
  • Untuk melihat jawapan, sila klik pada butang rekod pertanyaan di mana pengguna boleh melihat semua pertanyaan dan jawapan.
  • Pengguna diberi kemudahan untuk mencetak soalan dan jawapan.
  • Sila klik log keluar untuk keluar dari perkhidmatan ini.