Glosari Linguistik : Linguistik Korpus

Glosari Linguistik: Linguistik Korpus ini merupakan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengandungi 259 istilah sumber dan 274 istilah sasaran. Istilah dalam glosari ini telah digubal, disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI) Linguistik: Linguistik Korpus yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang linguistik korpus.

Pembentukan istilah dalam bidang ini juga berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu (DBP, 2005), Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (DBP, 1992), Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (DBP, 2016), dan Terminology Manual (UNESCO, 1984).

Glosari ini mengandungi istilah sumber dan istilah sasar berserta dengan huraian yang padat dan ringkas. Glosari ini sesuai dijadikan rujukan kepada pengajar, pelajar dan pengamal dalam bidang linguistik korpus.


PENYUMBANG

Pakar Bidang
Prof. Dato' Dr.Imran Ho Bin Abdullah
(UKM)
Prof. Madya Dr.Norliza Binti Jamaluddin
(UPSI)
Dr.Azhar
Bin Jaludin
(UKM)
Dr.Noor Ida Binti Ramli
(UiTM)
Ketua Editor
Mohd Fadzli Bin Tajuid
Editor
Nor Azianti Binti Abd Aziz

Perunding Portal

Pedoman Penggunaan


Penyenaraian Istilah

1.Istilah sumber (BI) disenaraikan menurut abjad Rumi, bukan menurut subbidang.


authentic text (teks tulen)

Teks sebenar yang terbentuk secara tabii dan bukan merupakan data rekaan pengkaji.

fixed expression (ungkapan tetap)

Gabungan dua perkataan atau lebih yang membentuk satu unit makna.

word list (senarai kata)

Gabungan dua perkataan atau lebih yang membentuk satu unit makna.